benda nie aku nk kongsi dgn korang...benda aku jumpa kat blog kwn...menarik gak bg mereka yg tgh kapel atau plan nk ngurat awek atau bf...boleh lh sikit sebyk benda ini menjadik panduan korang...jgn percaya sgt cuma ambik sbg hiburan sampingan...hehehe
mula2 korang tgk bintang korang aper...then carik bintang pasangan korang...then tgk nombor braper...then baca aper nombor tersebut mewakili ciri2 perhubungan korang...mudah2 ^^
NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA
Wah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.
NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan.
Cubaberterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.
NO 3 – SALING MEMBANTU
Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.
NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.
NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.
NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
Walaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan 'perang mulut' kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap 'panas hati' bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…..pandai- pandailah kamu yea….
NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG
Huarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu., Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?
ahahaha...aku nk compare ngan sape pun taktau...dh kata single...tp korang enjoy lh erk...bgtau aku...sape dpt nombor 7...abislh korang...hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ahh...asal tak full dier punya imej? Baru nak tengok kalau capricon sama pisces serasi atau tak. :((
ahahaha...aku pun taktau...copy paste dr page org jer huhuhu sorry2
aah...scorpio+sagi = 5.
mmg sama ego... tp, pg2 dtg keje, same2 jeling kat car park...
I'm waiting for him to start it... =)
Post a Comment