Thursday 27 March 2008

Lanun Cup ESPNews - 6am News

jundak: FC Legend bakal menggegarkan dunia futsal tanahair dengan kembali berentap di Kejohanan Piala Lanun 2008 di penghujung Mac ini. Difahamkan FC Legend telah berjaya menandatangani kontrak beberapa bintang futsal terkenal hanya dalam satu malam. Mereka adalah Van der Badari, Alan FasMith, Joe Keane, Sapek Pires, Asrino Mamunaldo dan Senyumdine Zidane. Mereka sepakat ingin merampas kejuaraan daripada pasukan Semua Bintang (bukan nama sebenar) yang telah memenanginya pada kejuaraan lalu.

jundak: Pemain ICU, Zarob Campo hari ini mendedahkan bahawa dia hampir2 menyertai pasukan FC Legend sempena Kejuaraan Piala Lanun 2008. "Pihak pengurusan FC Legend telah menghubungi saya, dan saya ingin sekali menyertai mereka. Tetapi pihak ICU berkeras tidak mahu melepaskan saya dan mengugut akan mencucuk perot saya 8 kali jika saya menyertai FC Legend. What the fish??!!"

jundak: Dalam pada itu, FC Legend mengumumkan perlantikan pengurus merangkap pemain dan kapitan baru bagi Kejuaraan Piala Lanun 2008. Bojan Azmeerson bakal menggantikan pengurus lama iaitu Lomakaka yang disingkirkan kerana skandal gay yang berlarutan sejak kejuaraan lalu.
jundak: mana rumor team2 lain ni?

avicenna: ICU FC : Kami bakal menurunkan barisan barisan pemain yg berkaliber bagi memastikan saingan Lanun Cup kali ini tertumpu kepada kami

avicenna: ICU FC : kepada team team lain yg ingin bersaing , silalah bersedia utk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi , tidak kira samaada ketika perlawanan berlangsung ataupun selepas perlawanan

hill_mie ya: Lanun x10:- kami menurun kan pula wanita wanita yang mengeliurkan untuk memastikan pasukan pasukan lain hilang tumpuan bila menentang pasukan kami, teknik ini telah diprektik dlm masuk mencester uniterd hingga dapat menewaskan libepuul sebanyak 3-0 jadie kami berharap pasukan lain bersedia pada segi dan sudut hahir dan batin mereka, dlm menentang pasukan kami

avicenna: ICU FC : Nampaknya hanya team ICU FC mempunyai pemain yg setia . Tidak pernah berubah sejak ditubuhkan. Ini menunjukkan persefahaman yg tinggi dan keseronokan yg maksimum apabila beraksi utk pasukan ICU FC .

avicenna: ICU FC : Cristiano Rewan akan memastikan jaringan terbanyak miliknya walaupun telah diarahkan supaya tidak bermain bersungguh sungguh kerana mempunyai komitmen yg lebih tinggi di Champions League hari Ahad nanti

No comments: