Friday 28 March 2008

Updated Rules & Regulations Lanun Cup '08

New Added Rules

12.Hanya manager dibenarkan membuat sebarang pertanyaan, rayuan & bantahan kepada urusetia kejohanan

13.Sebarang unsur2 jenayah dan sabotaj seperti meracun pemain lawan, mengurat gf pasukan lwn, rasuah, sexual harassment pada wanita mahupun lelaki, menipu result perlawanan, gile kuasa, berpolitik, mengunakan bomoh, berbogel, curik player lawan, curik makanan or minuman pasukan lwn, merosakan kereta pemain lawan seperti calar/pancitkn tayar/pecah cermin/curik wiper, buat2 pengsan, mencakar-cakar, bersolek, stoking memberi bau meloyakan, mempunyai senjata api, mercun or object merbahaya dan lain-lain…semua crime2 ini akan dikenakan hukuman berat! Kami tidak teragak-agak membawa anda ke balai polis berdekatan sekiranya tiada penyelesaian or jenayah berat.

14.Mencarut atau melontar kata2 kesat ketika permainan, pengadil berhak memberi kad kuning!
15.Urusetia penganjur berhak menukar mana-mana peraturan pada bila-bila masa semasa kejohanan berlangsung dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

Tambahan Pesanan Penganjur

8.Manager perlu memastikan pemain2 anda membaca offincal blog tournament ini bg memberi gambaran jelas rules & regulation kejohanan
9.Manager sila pastikan semua player ader transport & hadir tepat pada masa kejohanan (ulangan)
10.Manager sila pastikan pemain2 memakai baju/jersey mengikut tema warna diberi
11.Sila bwk gadis2 sebanyak mungkin kerana kita mempunyai lebih 60 lelaki yg hadir, bosan kerana ini bukan prtandingan gay hehe...kehadiran golongan hawa sudah pasti menambah seri & kemeriahan kepada kejohanan
12.Urusetia penganjur tidak menyediakan first aid kit, setiap pasukan dinasihatkn membawa sendiri peralatan kecemasan
13.Tolak 5 markah kpd pasukan bekas juara sekiranya gagal membawa or tiada piala pusingan pada hari kejohanan, sebarang alasan tidak dpt diterima! hehe
14.Tolak 3 markah kpd pemain bekas 'penjaring terbanyak' sekiranya gagal membawa or tiada medal pada hari kejohanan, sebarang alasan tidak dpt diterima! hehe

15.Kejutan besar menanti semua pasukan & pemain2 ketika kejohanan...nantikannnnnnnnnnn

TIPS From Urusetia

1.Diving or lakonan plz nmpk real, jgn kantoi, sia2 kena kad kuning oleh pengadil…practice lakonan bermula sekarang
2.Pastikan setiap pemain memakai shinpad
3.Berlatih mengambil sepakan penalty! Siapa tahu ia menjadi penentu samada air mata atau sorakan
4.Hadir solat jumaat, bukannya hadir ketika katib baru tamat memberi khutbah, solat maghrib & asar dahulu sebelum hadir...baca yasin & solat hajat malam sebelum kejohanan (mlm jumaat beb)
5.Pasukan berjaya membawa Acha Satriasa akan diberi bonus point 9 markah!
6.Semua pemain digalakan menyimpan nombor hp manager anda dan ketua urusetia kejohanan, KaKaFaCe 017-2060407

-------------------------------------------------------------------------------
Bonus Points

1.Baju pasukan seragam mengikut tema warna diberi. (1 point)
2.Ketua pasukan memakai sarung lengan captain. (1 point)
3.Setiap pasukan mempunyai minimum 2 org aweks. (1 point)

(Bonus point berakhir setelah tamat verse 1 kumpulan)

Original Rules

1.Masa 6 minit untuk setiap perlawanan. Tiada pertukaran pintu gol atau break separuh masa.
2.Tempoh menunggu bagi pasukan yang lewat hanya 2 minit.
3.Subs player tidak melebihi 2 pemain per game.
4.Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.
5.Pemain menerima 2 kad kuning game berbeza digantung satu perlawanan.
6.Pemain menerima kad merah digantung satu perlawanan.
7.Pasukan terikat mata yang sama pada peringkat kumpulan akan ditentukan melalui sepakan penalty dan bilangan sepakan penalti hanya 3 sepakan
8.Masa tambahan hanya 2 minit (Golden goal) pada pusingan kedua sekiranya keputusan seri.
9.Sepakan penalty sebagai penentu pemenang sekiranya perlawanan berakhir seri pada pusingan kedua.
10Sebarang pergaduhan berlaku, pasukan pemain terlibat akan disqualify.
11.Keputusan urusetia dan pengadil adalah muktamad.


Original Pesanan Penganjur

1. Play for fun with great sportsmanship...tujuan utama kejohanan ini utk mengeratkn sillaturahim, hiburan melalui sukan dan gathering...kalah & menang hanya sebagai sampingan utk mewujudkn persaingan sihat...always remember that ;)
2.Manager sila pastikan anak buah dpt semua info, ader transport dan tiba on time
3.Sila pandang serius bonus point, ia memberi kesan besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan kelak
4.Makanan & minuman tidak disediakan
5.Manager setiap pasukan bertanggungjawab mengutip duit daripada pemain2 dan memastikan mereka on their best behavior
6.Pasukan yang menang akan membawa pulang piala pusingan namun perlu diserahkan semula sekiranya kejohanan sama diadakan semula. Begitu juga dengan medal top scorer.

7.Pengadil pilih kasih? Fixing match? Merasuah pengadil?
Sila jawap kat akhirat kelak :)

No comments: