Wednesday 31 December 2008

Avril Lavigne a barbie~!

as u guys knew i'm fan of Avril Lavigne
still remember great moments i hv watching her concert
at stadium merdeka not so long ago

during that time
controversy about her image that almost ban her concert
they said
avril lavigne too sexy for teenagers
bring bad influence to youngsters mentality
OMG! maybe the people who 'kondem' her doesnt really knew her
she never wear sexy for her perfomance!
to me it just another politic agenda to win votes

by the way
its really good perfomance from her~!

eventhough i dont memorize all her songs lyrics,
(difficulty memorize eng words disease)
but still her songs rocks!
i enjoy all her songs!
here i want to share some of her really really extraordinary pictures of her
something different than other celebrities photos u can found
she really pretty n cute!! kawaaiii





















Left4Dead~!

for the past few days
i started to get addicted to game "Left4Dead"
its bent a long time since the last time i play computer games because
i'm stuck with my part time job at GSC cinema huhu
my free time while not working fill up with watching tv series n movies hoho
as a result the last time i play computer games will be last 6 months huhu
b4 this i active playing Dota n CS n sometimes Starcraft...
now can say bye2 to both games muahaha

how i start playing Left4Dead?
as usual...lack of players
my friend always ask me to join them
b4 this i refuse bcoz hv to sleep early for next morning working day
actually the process persuade me to play it already started while i'm still working
my rumet, Lee play it everyday...
everyday i'm watching him playing the game
in the same time...when having meals with my friends,
they keep on talking n discuss about the game...
so it makes me eager to try it (ahaha gamer blood in my body?)

one day my friends ask me to join them...again lack of players
Lee pc free bcoz he went back home
so i try it (dont hv the game in my pc)
heiii...not bad...kinda interesting
i find the game kinda easy to understand bcoz the key buttons almost the same as CS games
the different only the gameplay

for those who dont know about the game "Left4Dead"...
the game actually about zombie
there r 2 sides to be choose; survivor or infected
survivors u become a human
infected u become a zombie
human hv to find safe way back, zombies hv to kill all humans
as simple as that hehe

if u become the zombies
there r 4 types of zombie ramdomly pick for u
smoky - like frog u can pull human from far with ur tongue
hunter - attack with high jump ability
boomer - throw weird vomit that effect human eyes
tanker - strongest zombie with long life and high damage

disadvantage i found about this game :-
max players only 8
u must hv a good pc or u will face lag problem while playing
takes 4gig of ur pc space

dont forget to try it ^^




Tuesday 30 December 2008

[NEWS] Mati selepas kemaluan dibakar

yet another intersting story...

* * *

ADELAIDE - Seorang lelaki yang kemaluannya dibakar oleh isterinya ketika sedang tidur telah meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang merupakan seorang jurutera, Satish Narayan, 47, meninggal dunia di Hospital Royal Adelaide, Australia kelmarin.


Narayan dimasukkan ke hospital tersebut 20 hari lalu selepas hampir keseluruhan badannya melecur akibat dibakar oleh isterinya, Rajini.
Kejadian itu kini diisytiharkan sebagai satu jenayah serius oleh pihak polis dan Rajini mungkin menghadapi tuduhan membunuh atau menyebabkan kematian.

Rajini yang kini ditahan oleh pihak polis dimaklumkan berhubung kematian suaminya ketika dia di dalam penjara. Pihak polis mendakwa Rajini membakar kemaluan Narayan dengan menggunakan sejenis cecair mudah terbakar. - Agensi


other sources...

"Aussie engineer Satish Narayan, 47, died of burns suffered after his wife Rajini allegedly doused his genitals with alcohol and set them on fire"

"The neighbour said the couple's children were "beautiful, upright citizens" and "anyone would be proud of them"

"The fire caused about $1 million of damage to the couple's home and an adjacent property"

* * *

rasa2nya aper 'sins' si suami smpai si isteri trgamak brtindak sedemikian...
laki ader pompuan lain?
berebut harta?
request cerai?
mintak tambah bini?
berebut anak?
kena rasuk?
pengaruh filem?
tekanan hidup?
x buat breakfeast?
lupa bayar bil?

ingatkn negara2 cam Pakistan or Iraq jr brlaku perkara camnie...
kt Australia pun ader
first world country doesnt means every citizen mentality first class...
renung2kn

morals : carilh bini yg berakal n beriman :)

Monday 29 December 2008

[NEWS] Tomboi mengamuk tagih cinta

nie lagi cerita lawak nk share with u guys...

* * *

Tomboi mengamuk tagih cinta [Kosmo!]

KUALA LUMPUR - Angkara cinta seorang tomboi, seorang suri rumah terpaksa hidup dalam tekanan setelah menerima ugutan yang mendesak agar hubungan mereka dijalin semula walaupun telah beberapa tahun tidak bertemu.

Chong Choy Yoke, 33, berkawan rapat dengan suspek yang dikenali dengan panggilan Ong sejak beliau bersekolah di Pulau Pinang sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.
Beliau yang kini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru dilahirkan sering menerima ugutan daripada rakan tomboinya itu yang mahu dia kembali kepadanya. Menurutnya, Ong juga bertindak dengan menuntut agar Choy berpisah dengan suaminya Phuah Chuan Lian, 36.


Beliau ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, dekat Jalan Ampang di sini memberitahu, wanita tomboi terbabit telah mencarinya meskipun sudah tidak bertemu sejak bertahun lamanya.
"Saya sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak tetapi gangguan yang diterima daripada Ong membuatkan saya dan keluarga berasa tidak selesa.


"Ong sering mengganggu suami saya di tempat kerja, menghantar surat setiap hari, menelefon sepanjang masa serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan," katanya.
Beliau mendakwa, tindakan Ong itu adalah agar dia berasa tertekan dan akan bertindak meninggalkan suaminya dengan harapan dia dapat kembali kepadanya seperti dahulu
.


* * *

ini kiranya kes ur ex carik u balik lh...kiranya ur ex nk kan u balik hehe
hmmm...nk komen...benda nie sensitif skit...rasa2nya korang smua bole ambil pengajaran dari kisah benar ini huhu

kpd yg xtau aper itu tomboi...tomboi brmaksud perempuan bersifat kelakian tp belum jatuh ke kategori pengkid...pengkid rasanya bermaksud bukan brsifat kelakian lg tp btul2 dh mcam laki...tu kot beza tomboi n pengkid (ntah btul ntah tidak haha)

bg aku plak...bagaimana tomboi n pengkid bole terjadi?
ader 2 sebab utama...hormon n kecewa

samada dalam diri wanita terbabit hormonnya lebih kpd kelakian sejak lahir...bole lihat pd sikap beliau yg mempunyai ciri2 lelaki seperti ego tinggi, sentiasa memimpin, x suka kelembutan (x lembik)

then bole terjadi jugak disebabkn putus cinta atau dikecewakn oleh golongan lelaki...akibat kecewa yg teramat sgt maka perasaan benci yg meluap2 kpd lelaki membuatkn hati nya tidak terbuka kpd mane2 lelaki

aku ada kwn dimana kwn beliau menjadi pengkid disebabkn sering dikecewakn oleh lelaki...sebab tu kadang2 kita jumpa..."fuyooo lawa siot tomboi/pengkid tu! tp apsal lawa2 camnie suka pompuan? :( "
biasanya kalo tomboi nie bole lagi berubah utk kembali kpd jiwa gadis semula tp pengkid nie...hohoho susah wooo

masa aku keja kt gsc dulu...byk gileeeeee pasangan kapel 'awek n awek' nie dtg tgk wyg
almost everyday ada jr...stakat pasangan muda bole terima lagi...
nie pasangan middle 30 pun ada wooo

bila difikirkn semula knape pasangannya sanggup brcinta dgn tomboi/pengkid...
satu reason yg aku nmpk jelas...cinta lelaki tidak dpt ditagih
ye lah yg pompuan nya kurang lawa so xder laki minat
sudah menjadi lumrah kejadian manusia hidup brpasangan dan saling memerlukan...tidak bole bersendirian (lonely)
maka hati nya meronta-ronta memerlukan belaian dan perhatian seseorang yg istimewa dihati...thats why kapel dgn perempuan pun x kisah...asalkn ada tempat utk berkongsi suka duka
ada seseorang utk menjadi teman kemana2...bila kesunyian sentiasa disisi

harap2 mereka diberi hidayah dr yg Esa ^^

Kasut PUMAku dikebas org~!

waaaaaa...a few days back my 'Puma' shoe being stole!!
missing infront my room...super regret didnt put inside my room like senyum always remind me...i tought no one wanna stole it bcoz i didnt wash it since i bought n it look dirty
dude...u r wrong!

really2 sad n angry...that shoe really important n deep meaning to me :(
that shoe has 3 in 1 job : futsal + casual and it add 3cm to me!
that shoe has witness so many good moments in past last 3 months :(
more important i bought it using my GSC salary n 30% sponsor by my mom...can consider it as my birthday present also :(
to me it suit well every clothes i wear...thats why i love it so much
i think Puma no longer produce that shoe anymore :((

as a result i hope whoever stolen it plz return it back (in ur dream boy)
praying open his heart to return it back...God plz show him a guidance

this the only photo i can found me with the shoe
(bukan nk poyo brgambo dgn artis...nie jr gambo bukti yg ada huhu)

[NEWS] Dangdut parang di Titiwangsa

From time to time i will post any intersting news here in my blog since i love to read alot on the internet...hopefully u guys will enjoy it ^^

* * *

Dangdut parang di Titiwangsa [Kosmo!]

KUALA LUMPUR - Konsert Silaturahim di Taman Tasik Titiwangsa di sini semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki warga Indonesia muncul dengan bersenjatakan parang, besi dan kayu.

Tanpa diketahui puncanya, mereka menyerang sekumpulan penonton yang sedang minum di kawasan hujung padang tempat konsert tersebut berlangsung. Akibatnya, tiga orang mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ramai lagi yang berada di kawasan tersebut bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana takut menjadi mangsa serangan.Konsert yang dianjurkan oleh Kedutaan Indonesia dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi itu merupakan konsert tahunan khusus bagi warga Indonesia yang tinggal di negara ini.
Tujuan penganjuran konsert tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.


Antara penyanyi popular Malaysia yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah penyanyi dangdut Iwan dan beberapa penyanyi dari beberapa daerah kecil di Indonesia.

Menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, para penonton pada mulanya tidak menyedari ada pergaduhan berlaku kerana asyik menyaksikan persembahan konsert.


* * *

nmpknya tujuan utama konsert itu utk mengeratkn sillaturahim sesama warga Indonesia tidak tercapai
kesian kedutaan Indonesia abis duit tapi objektif tak makbul
rasa2nya tiap kali konsert melibatkn warga Indonesia mesti ada gaduh
aritu masa pegi konsert Pesta Mlm Indonesia 2 kat mount kiara pun ada gaduh gak
depan mata plak tu gado...nasib baik x kena sama huhu diorg nie ader puak2 masa tgk konsert

Morals :-
jgn invite artis MAS bila 99% penonton adalah warga Indonesia
jgn invite Iwan dangdut utk persembahan anda

[NEWS] Lelaki Mengamuk Dalam Wayang

From time to time i will post any intersting news here in my blog since i love to read alot on the internet...hopefully u guys will enjoy it ^^

* * *

Lelaki mengamuk apabila penonton membuat bising [Utusan]

PHILADELPHIA, 28 Dis. - Seorang lelaki yang sedang menonton filem di sebuah panggung pada sambutan malam Krismas naik berang dan mengamuk apabila anggota keluarga yang duduk di sebelahnya membuat bising dan beliau telah bertindak menembak lengan bapa keluarga terbabit.

Polis berkata, James Joseph Cialella, 29, dari Philadelphia dikatakan telah meminta ahli keluarga berkenaan supaya berhenti membuat bising, sebelum membaling makan ringan popcorn ke arah salah seorang anak lelaki keluarga itu.

Mangsa ketika membuat laporan polis berkata, Cialella meluru ke arah keluarganya dan bila dia berdiri, dia terus melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Detektif yang pergi ke tempat kejadian di panggung Stadium United Artistis Riverview di selatan Philadelphia mendapati Cialella membawa senjata jenis a.380 caliber yang diletak di bawah tempat duduknya.

Cialella boleh dikenakan enam tuduhan termasuk cubaan membunuh, bertindak ganas dengan menyerang. Polis berkata, dia juga boleh didenda.Dia kini ditahan untuk pendakwaan pada Sabtu ini.

Leftenan Frank Vanore menyifatkan kejadian itu sebagai sangat membimbangkan kerana semasa menonton filem sudah tentu banyak suara bising berlaku.

Menurut Vanore, lelaki 31 tahun dari pinggir Yeadon yang menjadi mangsa tembakan itu telah dihantar ke hospital dan keadaannya didapati stabil.

Polis juga tidak dapat menyatakan tajuk filem yang ditayangkan ketika kejadian itu berlaku, tetapi The Philadelphia Inquirer melaporkan filem itu bertajuk 'The curious case of benjamin button'.

* * *

Ahahaha...kelakar gak lh bila baca news nie...sape suruh buat bising dlm wayang
mula2 warning kena baling pop corn x makan saman...last2 kena tembak...
ini merupakn pengajaran bg mereka yg dtg ramai2 suka buat bising dlm panggung huhu
nasib baik sini bukan amerika...org xleh bawak senjata api merata2
so kalo buat bising pun...paling teruk pun kena baling kasut atau parang huhu

Morals :-
jgn bawak budak2 tgk wayang cite org dewasa :)
bawak senjata ke pawagam utk serang org yg bising atau utk pertahankan diri :)
jangan pandang remeh bila orang baling pop corn kpd anda :)

Offically Off GSC Job~!

for those who dont know
actually i been working at GSC (Golden Screen Cinema) for 6 months ++...
i started at 6 Jun and end work during christmas 25 Dec...
so many wonderful n bad moments i experince during this period as GSC staff
maybe i will story every moments one by one next time

now let me share the beginning experince
at first i plan to work at GSC Alamanda during its offical open on April

but bad timing i cant, lots other stuff n busy

finally one day i go for it after my friend Sham bent working there for a month...at least i got friend i knew working there hehe
today send apply form, tomorrow interview
next day get a call u hired, day after that start working hoho

at GSC there r 3 major department
food counters (consection depart)
ticket counters (box office depart)
hall check (steward depart)


only get RM3.50 per hour...dont mind walaupun ciput
i'm dying to be at tickets but they put me at foods
haihhhh no luck so sad :(
my first two days...full day beb! saje nk blaja smua ahaha...poyo x?
actually it will be the last i'm working full day in 6 months++!

whats make me tension...not even one week as GSC staff
my friend sham already stop working there...wtf?!
survive alone from now on :((

they got morning n night shift...
only once or twice i took night shift per month...why?
working at food department really tired compare to other departs
3 things i dont like food depart

first - during open n close counter, u hv to count every single items available, from foods to cups
second - cleaning during night shift...hv to wash everythings!
third - popping (making pop corn)...making it, fine with me but washing the popping machine...super tired n hard!

i think my post too long already...continue later, bye ^^



COMEBACK?!

its been a very very long time since the last time i spend time writting for my blog...at the beginning planning to retired but since people keep on giving me support...
my blog kill their time when on the internet...maybe cheer them abit
why not i just continue as usual...
but this time...every post gonna be short short one i think hehe

by the way...people keep asking me why i stop writing?
one of the main reasons bcoz it took time up to an hour for one post
all the times spend on the editing texts and pictures...thats the hard part huhu

actually so many things happen since the last time APRIL(?!) i wrote
i wanna share all the stories here but better slowly...hehe so wait for the updates!

finally sorry for my bad english hehe
enjoyyy! do continue visits n support the blog! ^^

Friday 4 April 2008

Shooting Vclips

kami sangat sangat memerlukan pertolongan anda
pada hari sabtu ini bersamaan dgn 5 April 2008
group kami, 'Broken Toys Production' akan mengadakan 'shooting' utk klip video lagu pilihan kami, One Buck Short - Kelibat Korupsi
this will be our project assigm utk subject Media Production Process, MPM1123

scenario vklip kami mengenai suasana public speaking/pembentangan manifesto diantara dua parti yg memberi berhujah utk memenangi hati pengundi dikalangan para pelajar universiti agar mengundi mereka supaya tercalon sebagai student representative council (SRC) or majlis perwakilan pelajar (MPP) dlm pilihanraya kelak...
parti tersebut adalah 'Raja Kunci' dan 'Gitar Kilat'

oleh itu kami memerlukan sekurang2nya 20 penyokong untuk kedua2 parti (jumlah 40org) sebagai penonton yg menyaksikan debat diantara kedua2 parti ini dan brtindak sbg penyokong yg memeriahkn lg suasana kempen pilihanraya mereka

makanan dan minuman disediakan
kepada yg berminat utk turut serta menjadi sebahagian daripada vklip lagu ini bole dtg pd
jam 1200 tengahari, stad balcony - brhadapan src student briefing area

pemakaian :-
hitamerah utk penyokong parti Gitar Kilat
putih utk penyokong parti Raja Kunci

sebarang pertanyaan bole hubungi :-

cast manager, senyum a.k.a ilyas : 012-4038225 y! senyumkiller
producer, zaim : 017-6823727 y! waseda_breakers119
director, lomak : 017-2060407

diharapkn anda dpt meluangkn masa dlm menjayakn videoclips ini
sokongan dan kerjasama anda amat amat amat kami hargai

vclip ini akan disaksikn bukan shj lecturer & pelajar2 mmu,
malah junior2 yg blum masuk mmu lg dan rakyat seluruh malaysia
berikut sebahagian drp props utk vclips ini:-


















Wednesday 2 April 2008

Al-Kisah IC Hilang

minggu lepas merupakan minggu yg cukup cukup malang
bayangkn...duit bln tu abis sblm tarikh duit dimasukn semula...
mahu tak cuak
semua gara2 assigm n komitmen benda2 lain cam event, bola, personal dan lain2
sepatutnya duit poket tiap2 bln tu hanya utk mkn

trpaksa brhutang pd rakan2 utk beli mknan beberapa hari terakhir sblm tarikh duit poket dimasukan...janji kat diorg bayar semula later
tiba hari yg dinanti2...terus call rumah pagi2
bila xder duit baru nk ingat call rumah...ahahaha
bila ckp ngan mak...mak pass ke ayah...
wahaha ckp ngan ayah nie brkira skit bab2 duit huhu
ayah ckp lunch hour masukan
perut dh berbunyi dr semlm psl beralas sandwich jr...
xder duit nk beli mknan berat2
so kena bertahan beberapa jam lg sblm waktu lunch tiba

tiba saat dinanti2...lunch hour tiba
apa lagi...sepantas kilat memecut kaki ke bank
perut dh bergendang2 berkeroncong berpesta ledakan kelaparan
di atm machine...masuk card maybank...machine tu ckp
"baki anda RM3.10"
walaaaaaaa...alaaaaaaaaaaaaa x masuk lg ker?? :((

sepantas kilat gak pegi carik public phone
hp dh 4 hari xder kedit...
nasib baik ader syiling dlm poket time tu
bila call...mak ckp ayah dh masuk...then explain still xder duit dlm bank
mak pass ke ayah...explain lg skali dlm bank still xder duit
ayah ckp masuk CIMB bank...wakdduuuuhhhhhhh
apsal masuk CIMB?!!!
slalunya masuk maybank...tetiba masuk cimb plakkk...adehhh
dh lh card cimb patah

then bila tanya reason...
patutlh duit masuk cimb...
selama nie mak masukan duit
bulan tu ayah aku plak masukan
slalunya kalo mom mesti masukan dlm maybank
tapi bulan tu dad masukan dlm cimb plak...haihhhhhhhhh

terpaksa lh jejak kaki dlm bank cimb tu...buat kad baru
bertahun gak lah x jejak kaki dlm cimb mmu nie
masuk2 jr...pap! mata terpegun
holy shittt...sape awek nie...mekap tebal tp lawa
dtg kat aku tanya dh penah buat banking online?
kalo aku dh penah buat pun...aku akan ckp tak ahaha
staff baru kot...damn apsal aku baru perasan

dek sebab perut yg lapa
terpaksa lh lupakn kejap awek cun cimb nie
tp in the same time tanya gak lah dia camner nk buat card baru
dpt gak lh borak skit2 hehe
tak psl2 kena beratur utk buat kad haihhh
sampai jr giliran aku...explain lh kad patah
borang dh isi awal lepas awek td bagi
then dia mintak ic

godeh godeh dompet
eh...mane plak ic aku pegi nie
belek belek dan belek lagi
fukkk mane plak ic aku nie
abis semua card dlm dompet aku dikeluarkn
xder gak...
holy shitttt hilang kerr...waaaa...
bgtau akak tu lesen memandu xleh ker?
akak kaunter tu ckp nk IC gak...alaaaaa
tak psl2 kena lupakn awek cun td
baru berangan nk blaja buat online banking ngan dia
haihhhhh

dlm hati aku terpikir
mesti hilang time ngundi aritu...
tercicir mane2 time ngundi aritu...
psl tu jr kali terakhir aku ingat n nmpk IC aku

petang tu...pegi buat polis report kat balai cyberjaya
dh lh time tu petrol keta dh nazak...tawakal jr lah
kena charge RM2...best brother polis situ sempoi gilee
setel buat report terus pegi cimb bank semula
akak kaunter bank tu xmo terima plakk
dia ckp report polis xleh...kena ic sementara
dia explain kena pegi JPN dptkn ic sementara...huh?!!
nmpknya terpaksa lh pegi besok psl time tu dh lewat petang...
mesti office kerajaan dh tutup

besoknya Nakai teman pegi JPN
mintak tlg dia tunjukan jln ke JPN kat putrajaya tu
in the same mintak tlg dia dahulukn duit dulu...
lepas isi minyak RM5 terus ke putra menunaikn misi
ingat lg kat JPN tu...kena photostat report polis ngan student id
kena pinjam Nakai 20sen psl terlalu kering
then kena pinjam Nakai RM60 plak psl bayar denda hilang
then kena ambik gambo semula
akak kaunter gambo tu sombong gile siot...senyum pun tidak, masam jr
dh lh x bagi nk guna gambo lama
gambo lama muka cam kakaface skit...muahahahaha

then lps setel kat JPN...
terus berangkat ke cimb bank
pinjam lagi duit Nakai...kalinie rm20 utk bayar denda hilang card atm
semlm akak tu dh bgtau bape kena bayar

kat cimb bank, beratur cam biasa
akak cun tu tegur...aikk muka cam kenal...dh buat online banking blum?
ckp lh belum...camtu lepas setelkn card baru jumpa akak erk...kita buat online banking
tiba giliran aku...dia key in data aku
tetiba something problem...aku dh bole agak aper problem
tp buat2 taktau...biar dia figure out sendiri
adik dulu penah buat card baru erk?
aku ckp lh "ha ah"
kad atm aku dh lama patah...then masa buat baru dulu, aku tgh rushing
so pin number dia bg time tu aku tak terus tuka kat mesin atm...
benda nie berlaku masa aku practical dulu
as a result aku masih ader simpan kad baru tp dh buat lama tu
then akak tu ckp "ohh patutlh system nie xleh...kad tu ader lg?
ahaha aku jwp lh xder...kad tu hilang
actually kalo aku ckp ader pun...still kena bayar rm12 utk pin baru
so better aku ckp xder so dpt kad baru...
buat per bayar kalo still kena guna kad lama
lama gak lah akak nie process...lembap, dh lh x senyum lgsg

aku cukup tension kalo services yg x reti senyum
susah sgt ker nk senyum...bukan payah pun...x rugi aper2 pun
senyum bukan kena bayar pun...aku tension2 marah2 still bole senyum
at least kalo senyum...customer yg tgh emo, tgh marah, dpt gak lh lupa tension kejap...sejuk skit hati haihhhhh

akhirnya dpt gak kad baru
dpt pin baru aku terus tuka...masukan pin baru
Alhamdullilah...dpt kluarkn duit
sblm belah sempat usha akak cun cimb td...tgk tgh busy
aisehhh kak...nk tunggu tapiiii...takper lh lain kali kita sembang2 manja2...hehe
bukan aper...keta park elligal blakang bank tu
karang x psl2 kerana awek cun...keta kena clam
xder rezeki...huhuhu

lepas beberapa hari...
aku balik rumah sebab nk ambik barang utk keja
tiba2 adik aku bg ic aku...wadafukkkkkkkkkkk
apsal ko pegang ic aku wahai adiku sygggg?!!!
waaaaa...x psl2 abis RM72 psl nk buat IC baru n kad atm baru

skrg nie aku ader 2 IC baru
dan 2 kad atm baru -_-


Match 3 : Lanun Return vs X Kisah FC

haihhh...ikutkn hati malas nk citer psl game nie...
tp nk buat camner...player2 team lwn x sabo nk tgk news lwn team diorg
blog news need to be continue...
so dgn hati pasrah cont gak lah citer psl game nie huhu

pendekan cerita...game nie berakhir 6 - 0 or sepatutnya dipanggil 0 - 6...
20mnt pertama separuh masa pertama kami berjaya menahan serangan bertubi2 pihak lwn
defensive mentality nmpknya berjaya pd awalnya...
player2 lwn dh start tension...muka masing2 dh start serius
jeritan lantang dr manager mereka mula kedengaran
bila bola out, urusetia bg bola ganti bg menjimat masa...
player lwn bising, nk bola yg out jauh tu...
psl bola tu lebih bagus, berquality dan brjenama a.k.a mahal

(dgr2 sebijik rm300+),
maybe bola ganti x best psl sepak x sedap kot
nmpknya mereka btul2 pandang serius game nie n skill2 tahap wakil university tidak segan2 dipersembahkn walaupun tahu pasukan kami nie xder lh hebat mane...semua friendly kalah, team baru katakan...
tp itu bukan alasan utk memberi peluang pd pandangan mereka
setiap inci kelemahan kami dimanupulasi sebaik mungkin
pertahanan mula diperkotak-katikan dgn kehandalan zul dibahagi sayap

10mnt terakhir first half,
tiba2 player oversea mereka shoot dr jauh rendah lerek...goool
then dpt plak free-kick...
skali lg player oversea mereka ambik...top corner lob gk...gooool
gol2 lain aku dh x ingat camner n xmo ingat...
first half kena 3 bijik dlm tempoh 10mnt...second half kena lg 3 bijik

kami dirogol oleh pasukan lwn yg merupakn previous champion mmu league
ref blow whistle awal...kesian kot kat team kami
satu rekod baru dicipta...game dlm liga MMU paling tinggi jaringan a.k.a paling byk bolos...sejarah tercatat
next game will be our last game...satu lagi sejarah bakal tercipta dlm dunia liga bola mmu lepas game tu...pasukan paling byk bolos dlm liga mmu
dh lh kena buli dgn jaringan byk...gk lwn plak duk tgh padang...
satu pghinaan kpd pasukan kami

nmpknya negotiation beberapa kali oleh manager dgn manager & pemain2 lwn beberapa hari sblm prlwnan tidak membuahkn hasil
aper2 pun perjuangan mesti diteruskn...thanks alot kpd pasukan lwn kerana memberi pengajaran berguna dan kenangan pahit utk diingati










warm up sebelum perlawanan bermula diketuai oleh faizal








labaian kemenangan oleh pasukan lwn semasa latihan sebelum game bermula












press conference pembelian player, awee yg tergendala sejak perlwnan pertama sblm perlawanan bermula



manager team X Kisah FC, Boy segak memberi arahan kpd pemain2
ref yg berat sebelah secara terang-terangan sewaktu melwn Cool Utd














urusetia perlawanan pada petang itu











tamat perlawanan pemain lawan dtg singgah bench kami utk bersalaman, GG...ambik hati semula














post mortem selepas tamat perlawanan bersama assistant manager, Nakai...upkn semula moral player2 utk next game


Sunday 30 March 2008

Panggang Anak Dlm Microwave!

penah dengar psl anjing tp very jarang but baru2 nie aku terkejut tgk video kat mmutube kucing kena kelar leher hidup2 then dipanggang utk dibuat makanan...ngeri tgk org bole mkn tanpa rasa belas kasihan dan bersalah...aku punya takut tgk video tu, mula2 bukak wondering apsal 18sx without proper tiltle...ingat psl awek sexy or sexual content...skali bila bukak jr...first 2 sec dh stop...wtf, apa nie? gilee nieee...then beranikn gak diri tgk tp cuma bottom 1/3 screen video - scroll ke bwh...iskh2 terngiang2 dlm otak dibuatnya...walaupun aku nie takut binatang, kat rumah ader brbelas ekor kucing...tkkan lh binatang peliharaan org sanggup mkn...sedih bila teringat wajah kucing tersebut...damn apsal lh aku tgk, dh xleh lupa pasnie smpai bila2 :((

but that story about animal...kalinie nk share shocking news wat happen in US...kisah bapa sumbat anak dlm microwave for 20sec
holy shit...u dont expect and dowan to hear this type of story
aper berlaku sehingga seorg bapa sanggup berperlakuan sedemikian kpd anak sendiri, zuriat sendiri
bukan kh anak adalah anugerah drp Tuhan...tggungjwb...
anak adalah hadiah kebahagian utk pasangan suami isteri,
anak adalah pengerat prhubungan suami isteri agar mereka merasakan hidup di dunia lebih bermakna...
adakah kerana kurang siuman? tekanan hidup? masalah peribadi? sanggup berpelakuan luar tabii
mengapa anak manjadi mangsa...insan yg belum kenal erti kehidupan, salah & betul, dosa & pahala
semoga kisah ini menjadi pedoman dan pengajaran agar manusia dpt mengunakn akal fikiran utk berfikir dgn rasional dlm membuat keputusan & perbuatan
jgn biar perasaan & nafsu mengawal diri...jgn dilepas amarah kpd insan tidak berdosa
jangan diseksa didera anak...dunia hanya tempat sementara, akhirat kelak kekal abadi
bayangkn braper besar sgt lh microwave tu sampai bole masukan budak...sure baru setahun jagung budak tu...iskh2

------------------------------------------------------------------------

28 Mac 2008 / 22 Rabiul Awal 1429 (Utusan)
Panggang anak, dijel 25 tahun

GALVESTO, Amerika Syarikat (AS) 27 Mac - Seorang bapa dipenjara 25 tahun dan didenda AS$10,000 (RM31,940) kerana ‘memanggang’ bayi perempuannya menggunakan ketuhar gelombang mikro selama kira-kira 20 saat, tahun lalu. Ketika kejadian, bayi malang itu, Ana, berusia dua bulan. Akibat tindakan kejam bapanya, Ana yang kini berusia setahun, mengalami kebakaran peringkat kedua dan ketiga di bahagian telinga kiri, dada, tangan dan bahu. Bayi itu terpaksa menjalani dua pembedahan kulit dengan sebahagian daripada telinga kirinya terpaksa dipotong.

29 Mac 2008 / 22 Rabiul Awal 1429 (Utusan)
Lelaki panggang anak tuntut hak penjagaan

GAVESTON, Amerika Syarikat (AS) 28 Mac – Joshua Mauldin, lelaki yang memanggang bayinya dalam ketuhar gelombang mikro, semalam mempertahankan haknya sebagai bapa ke atas anaknya itu. Mauldin yang dihukum penjara 25 tahun dan denda AS$10,000 (RM32,000) bertindak mengemukakan permohonan untuk mendapat hak penjagaan ke atas anaknya, Ana. Bagaimanapun, pihak juri menolak tuntutan hak jagaan Mauldin ke atas Ana kerana mendapati dia “tidak waras” apabila sanggup memanggang anaknya sendiri di dalam ketuhar itu. Walaupun hanya ‘dipanggang’ selama 20 saat, Ana mengalami kecederaan teruk sehingga sebahagian cuping telinga kirinya terpaksa dipotong.

“Mauldin sangat sayangkan Ana dan mahu menjadi sebahagian hidup anaknya itu,” kata peguamnya, Sam Cammack.
Menurut peguam itu, isteri Mauldin, Eva telah melepaskan hak jagaannya terhadap Ana dan keadaan itu membolehkan Mauldin mendapat hak tersebut dan menentukan siapakah yang perlu menjaga anaknya itu. Sementara itu, perbicaraan bagi menentukan hak jagaan Ana akan diadakan pada 22 April ini apabila pihak Jabatan Kebajikan dijangka memberi hak tersebut kepada pasangan Heather dan Jeremy Croxton. Jurucakap jabatan itu, Gwen Carter berkata, pasangan tersebut sangat mengambil berat dan menjaga Ana dengan begitu baik. Pasangan tersebut diberi hak penjagaan sementara sejak bayi itu didera oleh bapanya, kata Carter.

-----------------------------------------------------------------------


bayangkn bagaimana anak tu membesar nanti, dh lh telingan takder...mak xmo jaga...ayah dlm penjara utk 25thn...mcam mane beliau hendak membersar tanpa belaian dan kasih syg dr ibubapa...bayangkn bila di sekolah...bentuk tekanan yg akan dihadapi baik dlm kelas, rakan2, atau masyarakat...aper perlu anak tersebut jwp bila ditanya "ayah awak keja sebagai aper?"


Friday 28 March 2008

Updated Rules & Regulations Lanun Cup '08

New Added Rules

12.Hanya manager dibenarkan membuat sebarang pertanyaan, rayuan & bantahan kepada urusetia kejohanan

13.Sebarang unsur2 jenayah dan sabotaj seperti meracun pemain lawan, mengurat gf pasukan lwn, rasuah, sexual harassment pada wanita mahupun lelaki, menipu result perlawanan, gile kuasa, berpolitik, mengunakan bomoh, berbogel, curik player lawan, curik makanan or minuman pasukan lwn, merosakan kereta pemain lawan seperti calar/pancitkn tayar/pecah cermin/curik wiper, buat2 pengsan, mencakar-cakar, bersolek, stoking memberi bau meloyakan, mempunyai senjata api, mercun or object merbahaya dan lain-lain…semua crime2 ini akan dikenakan hukuman berat! Kami tidak teragak-agak membawa anda ke balai polis berdekatan sekiranya tiada penyelesaian or jenayah berat.

14.Mencarut atau melontar kata2 kesat ketika permainan, pengadil berhak memberi kad kuning!
15.Urusetia penganjur berhak menukar mana-mana peraturan pada bila-bila masa semasa kejohanan berlangsung dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

Tambahan Pesanan Penganjur

8.Manager perlu memastikan pemain2 anda membaca offincal blog tournament ini bg memberi gambaran jelas rules & regulation kejohanan
9.Manager sila pastikan semua player ader transport & hadir tepat pada masa kejohanan (ulangan)
10.Manager sila pastikan pemain2 memakai baju/jersey mengikut tema warna diberi
11.Sila bwk gadis2 sebanyak mungkin kerana kita mempunyai lebih 60 lelaki yg hadir, bosan kerana ini bukan prtandingan gay hehe...kehadiran golongan hawa sudah pasti menambah seri & kemeriahan kepada kejohanan
12.Urusetia penganjur tidak menyediakan first aid kit, setiap pasukan dinasihatkn membawa sendiri peralatan kecemasan
13.Tolak 5 markah kpd pasukan bekas juara sekiranya gagal membawa or tiada piala pusingan pada hari kejohanan, sebarang alasan tidak dpt diterima! hehe
14.Tolak 3 markah kpd pemain bekas 'penjaring terbanyak' sekiranya gagal membawa or tiada medal pada hari kejohanan, sebarang alasan tidak dpt diterima! hehe

15.Kejutan besar menanti semua pasukan & pemain2 ketika kejohanan...nantikannnnnnnnnnn

TIPS From Urusetia

1.Diving or lakonan plz nmpk real, jgn kantoi, sia2 kena kad kuning oleh pengadil…practice lakonan bermula sekarang
2.Pastikan setiap pemain memakai shinpad
3.Berlatih mengambil sepakan penalty! Siapa tahu ia menjadi penentu samada air mata atau sorakan
4.Hadir solat jumaat, bukannya hadir ketika katib baru tamat memberi khutbah, solat maghrib & asar dahulu sebelum hadir...baca yasin & solat hajat malam sebelum kejohanan (mlm jumaat beb)
5.Pasukan berjaya membawa Acha Satriasa akan diberi bonus point 9 markah!
6.Semua pemain digalakan menyimpan nombor hp manager anda dan ketua urusetia kejohanan, KaKaFaCe 017-2060407

-------------------------------------------------------------------------------
Bonus Points

1.Baju pasukan seragam mengikut tema warna diberi. (1 point)
2.Ketua pasukan memakai sarung lengan captain. (1 point)
3.Setiap pasukan mempunyai minimum 2 org aweks. (1 point)

(Bonus point berakhir setelah tamat verse 1 kumpulan)

Original Rules

1.Masa 6 minit untuk setiap perlawanan. Tiada pertukaran pintu gol atau break separuh masa.
2.Tempoh menunggu bagi pasukan yang lewat hanya 2 minit.
3.Subs player tidak melebihi 2 pemain per game.
4.Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.
5.Pemain menerima 2 kad kuning game berbeza digantung satu perlawanan.
6.Pemain menerima kad merah digantung satu perlawanan.
7.Pasukan terikat mata yang sama pada peringkat kumpulan akan ditentukan melalui sepakan penalty dan bilangan sepakan penalti hanya 3 sepakan
8.Masa tambahan hanya 2 minit (Golden goal) pada pusingan kedua sekiranya keputusan seri.
9.Sepakan penalty sebagai penentu pemenang sekiranya perlawanan berakhir seri pada pusingan kedua.
10Sebarang pergaduhan berlaku, pasukan pemain terlibat akan disqualify.
11.Keputusan urusetia dan pengadil adalah muktamad.


Original Pesanan Penganjur

1. Play for fun with great sportsmanship...tujuan utama kejohanan ini utk mengeratkn sillaturahim, hiburan melalui sukan dan gathering...kalah & menang hanya sebagai sampingan utk mewujudkn persaingan sihat...always remember that ;)
2.Manager sila pastikan anak buah dpt semua info, ader transport dan tiba on time
3.Sila pandang serius bonus point, ia memberi kesan besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan kelak
4.Makanan & minuman tidak disediakan
5.Manager setiap pasukan bertanggungjawab mengutip duit daripada pemain2 dan memastikan mereka on their best behavior
6.Pasukan yang menang akan membawa pulang piala pusingan namun perlu diserahkan semula sekiranya kejohanan sama diadakan semula. Begitu juga dengan medal top scorer.

7.Pengadil pilih kasih? Fixing match? Merasuah pengadil?
Sila jawap kat akhirat kelak :)

Thursday 27 March 2008

Lanun Cup ESPNews - 6am News

jundak: FC Legend bakal menggegarkan dunia futsal tanahair dengan kembali berentap di Kejohanan Piala Lanun 2008 di penghujung Mac ini. Difahamkan FC Legend telah berjaya menandatangani kontrak beberapa bintang futsal terkenal hanya dalam satu malam. Mereka adalah Van der Badari, Alan FasMith, Joe Keane, Sapek Pires, Asrino Mamunaldo dan Senyumdine Zidane. Mereka sepakat ingin merampas kejuaraan daripada pasukan Semua Bintang (bukan nama sebenar) yang telah memenanginya pada kejuaraan lalu.

jundak: Pemain ICU, Zarob Campo hari ini mendedahkan bahawa dia hampir2 menyertai pasukan FC Legend sempena Kejuaraan Piala Lanun 2008. "Pihak pengurusan FC Legend telah menghubungi saya, dan saya ingin sekali menyertai mereka. Tetapi pihak ICU berkeras tidak mahu melepaskan saya dan mengugut akan mencucuk perot saya 8 kali jika saya menyertai FC Legend. What the fish??!!"

jundak: Dalam pada itu, FC Legend mengumumkan perlantikan pengurus merangkap pemain dan kapitan baru bagi Kejuaraan Piala Lanun 2008. Bojan Azmeerson bakal menggantikan pengurus lama iaitu Lomakaka yang disingkirkan kerana skandal gay yang berlarutan sejak kejuaraan lalu.
jundak: mana rumor team2 lain ni?

avicenna: ICU FC : Kami bakal menurunkan barisan barisan pemain yg berkaliber bagi memastikan saingan Lanun Cup kali ini tertumpu kepada kami

avicenna: ICU FC : kepada team team lain yg ingin bersaing , silalah bersedia utk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi , tidak kira samaada ketika perlawanan berlangsung ataupun selepas perlawanan

hill_mie ya: Lanun x10:- kami menurun kan pula wanita wanita yang mengeliurkan untuk memastikan pasukan pasukan lain hilang tumpuan bila menentang pasukan kami, teknik ini telah diprektik dlm masuk mencester uniterd hingga dapat menewaskan libepuul sebanyak 3-0 jadie kami berharap pasukan lain bersedia pada segi dan sudut hahir dan batin mereka, dlm menentang pasukan kami

avicenna: ICU FC : Nampaknya hanya team ICU FC mempunyai pemain yg setia . Tidak pernah berubah sejak ditubuhkan. Ini menunjukkan persefahaman yg tinggi dan keseronokan yg maksimum apabila beraksi utk pasukan ICU FC .

avicenna: ICU FC : Cristiano Rewan akan memastikan jaringan terbanyak miliknya walaupun telah diarahkan supaya tidak bermain bersungguh sungguh kerana mempunyai komitmen yg lebih tinggi di Champions League hari Ahad nanti

Jadual & Rules Regulation Lanun Cup'08

Group A
Lanun X10
ICU FC
Barisan Mojako
Bekas Pekerja Dobi FC

Group B
FC Legend
ALLSTARZ FC
F.U.C.K
Jiwa Runsing FC


(Undian dilakukan oleh komputer berteknologi tinggi yg canggih, pintar dan bebas kuman2 web)

--------------------------------------------------------------------
Matches

Game & referee

Fun Zone (Group Stage)

Lanun X10 VS ICU FC = Kucai
FC Legend VS ALLSTARZ FC =
Avicenna
Barisan Mojako VS Bekas Pekerja Dobi FC = Slampuck
F.U.C.K VS Jiwa Runsing FC = Hilmi

Lanun X10 VS Barisan Mojako =
Faizin
FC Legend VS F.U.C.K =
Boy
ICU FC VS Bekas Pekerja Dobi FC = Jundak
ALLSTARZ FC VS Jiwa Runsing FC = Izmie

Lanun X10 VS Bekas Pekerja Dobi FC = Slampuck
FC Legend VS Jiwa Runsing FC =
Boy
ICU FC VS Barisan Mojako =
Jundak
ALLSTARZ FC VS F.U.C.K = Avicenna


Extra Zone (Group Stage)

Rank 1 group A VS Rank 4 group B
Rank 4 group A VS Rank 1 group B
Rank 3 group A VS Rank 2 group B
Rank 2 group A VS Rank 3 group B

Rank 4 group A VS Rank 3 group B
Rank 3 group A VS Rank 4 group B
Rank 1 group A VS Rank 2 group B
Rank 2 group A VS Rank 1 group B

Tujuan utama game2 pusingan ini bagi memberi peluang team2 berlainan kumpulan berjumpa dan bermain antara satu sama lain dan dlm masa yg sama dpt mengeratkan sillaturahim semua :)

Mata keputusan dari pusingan ini akan ditambah seperti biasa dlm markah kumpulan masing2


Dying Zone (Second round)

7th & 8th Place
Rank 4 group A vs Rank 4 group B

5th & 6th Place
Rank 3 group A vs Rank 3 group B

3th & 4th Place
Rank 2 group A vs Rank 2 group B

1th & 2th Place
(Final)
Rank 1 group A vs Rank 1 group B


--------------------------------------------------------------
Rules

1.Masa 6 minit untuk setiap perlawanan.
2.Tempoh menunggu bagi pasukan yang lewat hanya 2 minit.
3.Subs player tidak melebihi 2 pemain per game.
4.Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.
5.Pemain menerima 2 kad kuning game berbeza digantung satu perlawanan.
6.Pemain menerima kad merah digantung satu perlawanan.
7.Pasukan terikat mata yang sama pada peringkat kumpulan akan ditentukan melalui sepakan penalty dan bilangan penalti hanya 3 sepakan
8.Masa tambahan hanya 2 minit (Golden goal) pada pusingan kedua sekiranya keputusan berakhir seri.
9.Sepakan penalty sebagai penentu pemenang sekiranya perlawanan berakhir seri pada pusingan kedua.
10.Sebarang pergaduhan berlaku, pasukan pemain terlibat akan disqualify.
11.Keputusan urusetia dan pengadil adalah muktamad.


--------------------------------------------------------------
Bonus 1 Point

1.Baju pasukan seragam mengikut tema warna diberi.
2.Ketua pasukan memakai sarung lengan captain.
3.Setiap pasukan mempunyai minimum 2 org aweks.

(Bonus point berakhir setelah tamat verse 1 kumpulan)


-------------------------------------------------------------- Pesanan penganjur
(Manager plz take notes)

1.Play for fun with great sportsmanship...tujuan utama kejohanan ini utk mengeratkn sillaturahim, hiburan melalui sukan dan gathering...kalah & menang hanya sebagai sampingan utk mewujudkn persaingan sihat...always remember that ;)
2.Manager sila pastikan anak buah dpt semua info, ader transport dan tiba on time
3.Sila pandang serius bonus point, ia memberi kesan besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan kelak
4.Makanan & minuman tidak disediakan
5.Manager setiap pasukan bertanggungjawab mengutip duit daripada pemain2 dan memastikan setiap pemain on their best behavior
6.Pasukan yang menang akan membawa pulang piala pusingan namun perlu diserahkan semula sekiranya kejohanan sama diadakan semula. Begitu juga dengan medal top scorer

7.Pengadil pilih kasih? Fixing match? Merasuah pengadil?
Sila jawap kat akhirat kelak :)

Senarai pasukan bertanding Lanun Cup '08

(C) = Capten merangkap team manager & referee yg mewakili pasukan
Italic bold = keyplayer...pasukan2 lain wajar memberi perhatian kpd pemain ini


--------------------------------------------------
Pasukan : F.U.C.K (futsal undisclosed club kaiser)
Jersey : Hitam

kun aweearo
herry morientes
khalifa cisse
jossi myrzaklienen
william shures
gianlugi qushairy (C)


--------------------------------------------
Pasukan : LANUN X10
Jersey : Hitam Oren

Park jing mie (C)
Fab Roneey
nuar Trezeguet
faizal Rio
zaim Steven
zaim Benzema
Gianluiggi Amril

--------------------------------------------------
Pasukan : FC LEGEND
Jersey : Kuning

Joe Keane (C)
Alan FaSmith
Bojan Azmeerson
Asriano Mamunaldo
Senyumdine Zidane

Kobe Reina
Busterdo Torres
Fathi Pennant

--------------------------------------------------
Pasukan : JIWA RUNSING FC
Jersey : Kelabu

javier mascherAYOI
juan roman riquelMAN
ben arFaizin (C)
ruud van AJIStelrooy
didier drogMANOK
eDUANdo da silva
andres MIJIesta

--------------------------------------------------
Pasukan : ICU FC
Jersey : Putih

Petr Shuk - Chelsea - Czech Republic
Carlos Zarob - Barcelona - Spain
David kE - LA Galaxy - England
Daniel Moonz - Sevilla - Brazil
Philippe Nizam - Roma - France
Cristiano Rewan - Manchester United - Portugal
Mohamed Avitreika - Al Ahly - Egypt
(C)

--------------------------------------------------

Pasukan : ALLSTARZ FC
Jersey : Merah

Van De Fz
William Slampuck
(C)
Zul Totti

Nakaimura
Hanafi Jamlus
Patrick Bijan
Cacai Pirlo

--------------------------------------------------

Pasukan : BARISAN MOJAKO
Jersey : Biru

naza mojako
king mojako
izmie giggs
(C)
taka mojako

bayie mojako
mart jai mojako

zerol mojako

--------------------------------------------------
Pasukan : BEKAS PEKERJA DOBI FC
Jersey : Hijau

Boynaldo (C)
Sergio Aieguero
Zul Rossi
PAU Gascoigne
Ajeemlahor
Khirsper Schmeichel

Fahrul Piero

Lanun Cup '08 Edisi ke-2 kembali~!

setelah hampir setahun edisi pertama Lanun Cup'07 berakhir...
selepas sering ditanya, non-stop kena push n non-stop diserang...
penganjur dgn bangganya mengumumkn Lanun Cup'08 edisi ke 2 kembali semula~!!
seperti edisi terdahulu, Piala Lanun Cup & Medal penjaring terbanyk menjadi rebutan

Pada edisi Lanun Cup kalinie akan diadakan pd tanggal 28 March 2008
Bertempat di Futsal King Bangi
Masa dr 9mlm hingga 12pagi

-----------------------------------------------

Walaupun rungutan venue diterima seperti carpet tercabut, suasana tempat x best pihak penganjur tetap terus memilih Futsal King Bangi sbg venue krn :-

1. sports planet puchong fully book
2.player2 ader yg mempunyai exam 8 - 9pm n ader jugak player2 yg terlibat dgn kejohanan silat antarabangsa antara universiti...as a result kalo buat jauh2...karang rmai smpai lmbt then event start lmbt n abis pun lmbt
3.tak bole abis terlalu lewat sebab sebahagian player2 ader urusan awal pagi sabtu
4.mengurangkn bebanan petrol n kenderaan agar tidak terlalu jauh utk semua
5.bangi lebih dekat utk majoriti pemain2 berbanding sunway yg lebih jauh
6.pegi bangi xder tol...hehe

Map ke lokasi pertandingan

(sorry guys...map nie jr aku jumpa kat internet...huhu)

PIALA LANUN CUP
(slampuck ko tertinggal piala masa hari event, aku sembilih2 ko!)


Imbasan edisi pertama - Pasukan Juara, ALL-STARZ FC

Imbasan edisi pertama - Pemenang penjaring terbanyak

Alan FaSmith - FC Legend