yeahhh...another interesting event happen...
* * *
LONDON - Para penonton sebuah panggung wayang di Britain terkejut selepas seekor kuda tiba-tiba memasuki bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Haiwan itu dipercayai terlepas dari sebuah ladang berhampiran sebelum tiba di hadapan pawagam itu di Boldon, South Tyneside pada 19 Disember tahun lalu.
Seorang saksi berkata, haiwan itu pada mulanya berlegar-legar di luar sebelum berlari masuk ke dalam lobi premis tersebut selepas seorang kanak-kanak meletupkan belon. Kuda itu berlari di koridor sebelum berpatah balik dan keluar melalui sebuah pintu kecemasan.
"Walaupun kejadian itu berlaku tidak sampai 20 saat, tetapi orang ramai terkejut kerana tidak menduga seekor kuda boleh berada di lobi sebuah pawagam," kata seorang saksi. Kejadian itu yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) turut disiarkan di laman web YouTube sebelum ditarik balik baru-baru ini. - Agensi
* * *
ahahaha sape ckp manusia jr layan wayang...haiwan pun nk layan sama
mesti kuda nie selamba jr potong barisan...
kuda nie mesti nk tgk citer "Lord of The Ring"...takpun "Madagascar 2"
takpun belikn tiket awal utk zorro supaya dpt seat best hehe
apa daa zorro...kalo yer pun malas nk beratur beli tiket wyg...guna lh online booking iskh2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment