masih ingat lg post sy yg lepas psl kemaluan suami dibakar isteri?
kalo blum baca bole check dlm post december...
nie lanjutan dr berita tersebut...
* * *
Isteri bakar kemaluan suami kerana cemburu [Kosmo!]
ADELAIDE - Seorang isteri, Rajini Narayan yang dibicarakan di sebuah mahkamah kerana dituduh membakar kemaluan suaminya pernah memberitahu jiran-jiran bahawa alat sulit lelaki berkenaan adalah miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang pendakwa raya, Lucy Boord berkata, Rajini membuat pengakuan kepada jiran-jiran dia membakar kemaluan suaminya, Satish, 47, selepas mengetahui dia mempunyai hubungan sulit.
"Rajini memberitahu jiran-jiran bahawa suaminya menyintai wanita lain, dia (Satish) memeluk wanita itu," kata Boord.
"Rajini menyatakan dia seorang isteri yang cemburu, kemaluan Satish sepatutnya menjadi miliknya.
"Rajini hanya mahu membakar kemaluannya bagi membolehkan ia menjadi miliknya dan bukan kepunyaan orang lain," kata Boord di mahkamah.
Boord berhujah Rajini tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin tanpa melalui penilaian psikologi terlebih dahulu. Pendakwa raya mendakwa Satish sedang tidur ketika Rajini merenjis sejenis alkohol di bahagian kemaluan suaminya sebelum membakarnya.
Kebakaran tersebut menyebabkan Satish terjaga dan melompat dari katil tetapi dia terlanggar botol alkohol itu yang tertumpah menyebabkan rumah mereka bernilai AS$1 juta (RM3.49 juta) dijilat api.
Hakim di Mahkamah Majistret Adelaide, Bill Ackland mengarahkan Rajini ditahan sehingga Jumaat ini bagi menunggu laporan mental dari pihak hospital. - Agensi
* * *
maka terjawab sudah punca utama mengapa si isteri trgamak membakar kemaluan suami...
disebabkn api cemburu. Sama2 kisah ini menjadi renungan kita brsama untuk panduan hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment