Monday, 29 December 2008

[NEWS] Dangdut parang di Titiwangsa

From time to time i will post any intersting news here in my blog since i love to read alot on the internet...hopefully u guys will enjoy it ^^

* * *

Dangdut parang di Titiwangsa [Kosmo!]

KUALA LUMPUR - Konsert Silaturahim di Taman Tasik Titiwangsa di sini semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki warga Indonesia muncul dengan bersenjatakan parang, besi dan kayu.

Tanpa diketahui puncanya, mereka menyerang sekumpulan penonton yang sedang minum di kawasan hujung padang tempat konsert tersebut berlangsung. Akibatnya, tiga orang mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ramai lagi yang berada di kawasan tersebut bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana takut menjadi mangsa serangan.Konsert yang dianjurkan oleh Kedutaan Indonesia dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi itu merupakan konsert tahunan khusus bagi warga Indonesia yang tinggal di negara ini.
Tujuan penganjuran konsert tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.


Antara penyanyi popular Malaysia yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah penyanyi dangdut Iwan dan beberapa penyanyi dari beberapa daerah kecil di Indonesia.

Menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, para penonton pada mulanya tidak menyedari ada pergaduhan berlaku kerana asyik menyaksikan persembahan konsert.


* * *

nmpknya tujuan utama konsert itu utk mengeratkn sillaturahim sesama warga Indonesia tidak tercapai
kesian kedutaan Indonesia abis duit tapi objektif tak makbul
rasa2nya tiap kali konsert melibatkn warga Indonesia mesti ada gaduh
aritu masa pegi konsert Pesta Mlm Indonesia 2 kat mount kiara pun ada gaduh gak
depan mata plak tu gado...nasib baik x kena sama huhu diorg nie ader puak2 masa tgk konsert

Morals :-
jgn invite artis MAS bila 99% penonton adalah warga Indonesia
jgn invite Iwan dangdut utk persembahan anda

2 comments:

Anonymous said...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

Anonymous said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!