Monday 29 December 2008

[NEWS] Lelaki Mengamuk Dalam Wayang

From time to time i will post any intersting news here in my blog since i love to read alot on the internet...hopefully u guys will enjoy it ^^

* * *

Lelaki mengamuk apabila penonton membuat bising [Utusan]

PHILADELPHIA, 28 Dis. - Seorang lelaki yang sedang menonton filem di sebuah panggung pada sambutan malam Krismas naik berang dan mengamuk apabila anggota keluarga yang duduk di sebelahnya membuat bising dan beliau telah bertindak menembak lengan bapa keluarga terbabit.

Polis berkata, James Joseph Cialella, 29, dari Philadelphia dikatakan telah meminta ahli keluarga berkenaan supaya berhenti membuat bising, sebelum membaling makan ringan popcorn ke arah salah seorang anak lelaki keluarga itu.

Mangsa ketika membuat laporan polis berkata, Cialella meluru ke arah keluarganya dan bila dia berdiri, dia terus melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Detektif yang pergi ke tempat kejadian di panggung Stadium United Artistis Riverview di selatan Philadelphia mendapati Cialella membawa senjata jenis a.380 caliber yang diletak di bawah tempat duduknya.

Cialella boleh dikenakan enam tuduhan termasuk cubaan membunuh, bertindak ganas dengan menyerang. Polis berkata, dia juga boleh didenda.Dia kini ditahan untuk pendakwaan pada Sabtu ini.

Leftenan Frank Vanore menyifatkan kejadian itu sebagai sangat membimbangkan kerana semasa menonton filem sudah tentu banyak suara bising berlaku.

Menurut Vanore, lelaki 31 tahun dari pinggir Yeadon yang menjadi mangsa tembakan itu telah dihantar ke hospital dan keadaannya didapati stabil.

Polis juga tidak dapat menyatakan tajuk filem yang ditayangkan ketika kejadian itu berlaku, tetapi The Philadelphia Inquirer melaporkan filem itu bertajuk 'The curious case of benjamin button'.

* * *

Ahahaha...kelakar gak lh bila baca news nie...sape suruh buat bising dlm wayang
mula2 warning kena baling pop corn x makan saman...last2 kena tembak...
ini merupakn pengajaran bg mereka yg dtg ramai2 suka buat bising dlm panggung huhu
nasib baik sini bukan amerika...org xleh bawak senjata api merata2
so kalo buat bising pun...paling teruk pun kena baling kasut atau parang huhu

Morals :-
jgn bawak budak2 tgk wayang cite org dewasa :)
bawak senjata ke pawagam utk serang org yg bising atau utk pertahankan diri :)
jangan pandang remeh bila orang baling pop corn kpd anda :)

No comments: