Friday 4 May 2007

"Lanun Cup" by ESPN Network

nampaknya pertandingan futsal merebut piala Lanun Cup akan diadakan pd mlm isnin ini. Namun debaran dan kehangatan mula terasa apabila mula kluar berita2, khabar2 angin, gosip2, dan rumor yg sukar diketahui benar atau palsu. Namun yg pasti pertandingan ini menjanjikan satu kejutan dan peristiwa luar jangkaan yg bakal terukir dalam sejarah...hehehe

berikut berita2 yg tersebar sekita kehangatan sebelum bermula pertandingan tersebut...
sesetengah dari berita ini terpaksa ditapis kerana menyentuh perkara rated 18 PL...huhuhu

By Fahmy : Futsal kali dijangka pertembungan paling hangat kerana kebanyakan player yg tinggal akan besara dari arena bola sepak antarabangsa..dendam lame akan kembali memabara .. dan yang pastinya masing ingin merebut cup yg terakhir dalam career mereka.. jadi disini pihak penganjur menyarankan agar LANUN CUP kali ini berjalan dgn lancar tanpa sebarangan pergaduhan ... majulah sukan untuk LANUN!

By Jundak : Siti Hasmah Library, 4 Mei - Desas desus mengatakan bahawa seorang pemain ICU FC telah pun bersara daripada arena perbolaan. Menurut sumber yang boleh dipercayaai, pemain tersebut adalah
Zarob@Zaid@Yed. Beliau dikatakan kecewa dengan pentadbiran ICU FC yang tidak mengambil berat hal-hal kebajikan ke atas dirinya walaupun berkhidmat setelah sekian lama. "Saya mengakui saya masih punya kontrak bersama ICU FC tapi saya juga punya harga diri," kata Zarob@Zaid@Yed ketika ditanya mengenai kontraknya. "Jika mereka memaksa saya bermain, tidak mustahil saya akan berpaling tadah dengan menjaringkan gol sendiri," sambungnya lagi.

By Fahmy : LSPN terlah mengesahkan perpindahan maman dari pahang FC ke LOMAK FC akan dimeterai jika LOMAK FC bersetujui menandatangani kontrak sebanyak RM 100,000 /sepuluh ribu

By LoMaK : LoMaK room, 3 Mei - pasukan LoMaK FC (fahmy team) baru sahaja berjaya mendapatkan player baru dari club Crystal Palace kelahiran Kuantan...pemain posisi defence center ini mempunyai 104 caps kebangsaan dan mampu menjaringkn gol dari kotak penalti sendiri...beliau terkenal dgn jolokan "MamanMan" kerana mudah membaca pergerakan lawan seperti seorng superhero. Besok akan diadakan sesi menandatangi kontrak di finance MMU dan dijangkakan memakai jersey no 5.

By LoMaK : LoMaK room, 4 Mei - Pasukan Lomak FC nampaknya diperkuatkn lagi dengan kehadiran pemain serba boleh def, mid, fw iaitu "KaKafAcE" dan beliau dijangkakan muncul semula buat pertama kalinya dlm pertandingan futsal sebegini pd tahun ini kerana dikatakan telah bersara sbg manager pasukan yg tidak dikenali. Namun kebolehan beliau menjaringkan gol secara tiba2 dijangka bakal menjadi mimpi ngeri pasukan lawan.

By LoMaK : Hb2 foodcourt, 4 Mei - pemain serba boleh dari pasukan FC Copenhangen, Dol The Great dikatakan telah menarik diri dari pasukan Best Lanun kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Hilmieya yg dikatakan lebih mengutamakan rupa yg tampan daripada kebolehan bermain bola. Manakala desus2 lain ader mengatakan penarikan diri DoL the Great disebabkan jadual peribadi beliau yg busy dlm bidang modelling.

By Hilmie : Best Lanun FC dh confirm. Moto pasukan kami ialah “biar ensome jerr yg menang!!”

By LoMaK : carpark HB3, 4 Mei - dengan ini seraca rasminya pasukan2 yg akan masuk bertanding dalam Lanun Cup ialah All-Star FC, Best Lanun, ICU FC dan Lomak FC...press conference bakal diadakan sejam sebelum bermula pertandingan di hadapan streetmall...

By LoMaK : Avicenna room, 4 Mei - dari sumber yg boleh dipercayai dikatakan berlaku masalah dalaman pentadbiran All-Star FC apabila ketua pasukan tersebut, Slampuck dikatakan berkeras mahu bermain diposisi penyerang walaupun posisi asal beliau sbg pertahanan dan dikatakan juga telah memaksa pemain2 lain seperti parab, cacai, dan zul kecik utk bermain sepenuh masa sebagai pertahanan. Kebolehan beliau menjaringkan gol menjadi persoalan apabila kali terakhir beliau menjaringkan gol tiada dlm mane2 rekod atau ingatan mane2 pemain.

By Avicenna : Keputusan mahkamah rayuan supaya ICU FC mempunyai manager telah menyebabkan kemasukan sumber sumber asing yg ingin menjadi manager . Sehingga kini butir peribadi stiap pemain ICU FC tidak dapat dijangkakan. Pihak mahkamah mendoakan agar terdapat wakil pihak dari sumber asing menawarkan diri menjadi manager ICU FC

By LoMaK : Slampuck room, 4 Mei - dari sumber BERNAMA telah memberitahu ader desus2 mengatakan ICU FC bakal dipimpin oleh manager dari kaum hawa...yer seorang perempuan...jgn terkejut. Perempuan tersebut dikatakan seksi, mengoda dan bakal memesong perhatian pihak lawan. Dari sumber yg boleh dipercayai juga mengatakan awek tersebut pakar dalam tektikal game bola dan famous dengan formasi 1 1 1 1.

By Jundak : Kaka's room, 4 Mei - Lomak FC kini telah menukar nama pasukan mereka kepada Legend FC. Penjenamaan tersebut dilakukan selaras dengan kelegendaan kapten merangkap pengurus pasukan iaitu Tun Lomak Syah. Legend FC bakal turun buat julung2 dalam kejohanan Lanun Cup 2007 dan mensasarkan takhta liga. Pengurus-pengurus pasukan ICU FC dan All Star FC ternyata begitu dengki dengan penjenamaan Legend FC. Ketika wartawan bertanya apakah perasaan mereka, mereka membalas, "Ko senyap, bleh?"

By Avicenna : "Kami tidak tahu ke mana arah tuju ICU FC pada kejohanan kali ini . Kabur pandangan mata" , begitulah petikan dari komen seorang player ICU FC yg kabur dgn misi ICU FC . Sumber sumber yg boleh dipercayai mengatakan bahawa berlaku kerosakan akhlak antara player ICU FC yg tidak dapat diketahui benar atau tidak

By Jundak : Krisis dalaman yang melanda ICU FC semakin meruncing apabila 2 orang pemainnya bergaduh dengan pihak pengurusan kelab kerana jadual perlawanan mereka bertembung dengan penayangan filem Zombi Kampung Pisang. Mereka berkeras ingin menonton filem tersebut.

By Avicenna : Berikut berita yg mengatakan pengurus ICU FC dengki dgn penjenamaan Legend FC telah membuatkan hati stiap player ICU FC tertanya tanya , siapakah pengurus itu? "Sape yg ckp mewakili pengurus ICU FC tu ? Kami tiada pengurus . Tiada pihak yg tampil menawarkan diri lagi" komen seorang player ICU FC yg kini berada di unit rawatan rapi atau ICU di hospital putrajaya

By Avicenna : Kabar angin mengatakan bahawa team ICU FC akan di wakili oleh avi , zarob , munzir , nizam , kE dan remi . Walaubagaimanpun , ketiadaan pengurus tetap ICU FC membuarkan berita ini hilang di bawa angin sepoi sepoi dari tingkap bilik yg melalui pc player all starz (slampuck) yg tgh tgk awek awek jepun dan korea di pc. Angin tersebut telah di sedut ke kipas tgh bilik lalu di tolak keluar dari ke hadapan bilik zeek melalui pintu masuk. Ke mana arah tuju angin ini , berapakah kelajuan angin ini dan bilakah angin ini akan sampai ke pengetahuan media massa , terutamanya Manchester United yg merupakan sponsor utama pasukan ICU FC ini ?

if u dont find this news funny then u r not part of the tournament
hehehe...sorry2 tp enjoy erk ^^

No comments: