Sunday 6 May 2007

"Lanun Cup" by Star Sports Network

nampaknya bahang kemeriahan Lanun Cup ini semakin terasa dan mula timbul pertikaian pasukan antara satu sama lain. Berikut merupakan sedikit sebanyak perkembangan terkini menjelang pertandingan futsal yg dijangka bakal mencipta kejutan dalam sejarah persukanan.

By KE : ICU OFFICIAL MAGAZINE, mei 5 : ICU FC telah menandatangani rekod sponsorship terbesar dgn sebuah company obersea dan sekaligus menamatkan perjanjian di antara ICU FC dan Manchester United. Maka di kejohanan futsal yg akan datang dgn rasminya ICU FC akan memakai jersey baru mereka serba putih yg pernah dipopularkan oleh sebuah pasukan terulung dunia, X10 =D

By LoMaK : Stadium MPPJ, 5 Mei - satu press conference telah diadakan oleh pasukan ICU FC bagi mengumumkan senarai penuh pemain2. pasukan ICU FC akan dibarisi david kE beckham, avi robert joseph cenna, ivan zarob campo, remi ferdinand, nizam saha, darren munzir fletcher. Sejauh mane kehandalan pemain2 ini? sama2 kita nantikan isnin ini.

By Avicenna : Pasukan Unit Rawatan Rapi hari ini telah membuat laporan polis apabila team All Starz mencuri player mereka iaitu Rud Van Cacai. Team All Starz yg kononnye sume bintang berkeras mahukan Rud Van Cacai. Sape dalang sume ni ? Sumber sumber bawah tanah melaporkan , dalang nye adalah Emmanuel Slampuck ! "Jom bakar slampuck !" Jerit penyokong fanatic Unit Rawatan Rapi

By Jundak : Legend FC Training Ground - Legend FC hari ni mengumumkan secara rasmi pemain-pemain yang bakal menyarung jersi kelab itu bagi menghadapi Kejohanan Piala Lanun 2007. Mereka adalah, Badari Tafarel (GK), Maman Hyppia (DC), John Obi Mikel (D/DM), Joe Cantona (AM/FC), KaKafAcE dan Amy Smith (ST)

By Jundak : Zaid Campo hari ini membidas sikap rakan-rakan sepasukannya dalam ICU FC yang hanya mementingkan jersi putih kepunyaan pasukan X10 FC. Beliau sebelum ini turut membidas pihak pengurusan kelabnya kerana tidak membenarkan beliau bersara daripada arena perbolaan. "Saya cukup tak puas ati!" katanya kepada pemberita sambil mengunyah cebisan kertas A4. "Nantikan jaringan sendiri daripada saya," sambungnya lagi lalu beredar dengan hanya berspender hijau-kuning

By Jundak : Emmanuel Slampuck yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal perpindahan Rud Van Cacai ke Allstarz hari ini cuba memikat pemain ternama dari FC Legend. Kakaface yang baru sahaja dinobatkan sebagai Player of the Year menyatakan beliau dihubungi oleh Emmanual Slampuck bagi mendapatkan khidmatnya. Jika dakwaan ini benar, Emmanuel Slampuck kemungkinan berhadapan dengan tindakan tatatertib daripada Lembaga Tatatertib Kejohanan Piala Lanun 2007. "Denda yang boleh dikenakan kepada beliau adalah membawa seramai mungkin hotchicks bagi menyaksikan kejohanan," jelas salah seorang daripada Lembaga Tatatertib. "Ingat ye, kami mahukan yang panas.. ayam sejuk kami takmo!"

By Jundak : Perebutan kuasa antara pemain-pemain Allstarz FC semakin runcing apabila kedudukan kapten pasukan Emmanuel Slampuck kini kian goyang. Rud van Cacai dan juga Parab Mido dikatakan berminat untuk menjadi kapten Allstarz FC. Perlu diingatkan, Rud van Cacai adalah pemain yang dibawa masuk oleh Emmanuel Slampuck sendiri. Pertikaian antara mereka bertiga dikatakan bermula setelah Emmanuel Slampuck gagal menyediakan jersi rasmi pasukan. "Ade ke dia suruh kami pakai baju pagoda jadi jersi?" bentak Parab Mido marah-marah sambil menjeling manja ke arah Rud van Cacai.

By Jundak : Kapten Allstarz FC hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Negara kerana menguruskan pertukaran namanya. Namanya kini adalah Lilian Slampuck. Ketika ditanya mengapa beliau menukar namanya, beliau memberi alasan dengan pertukaran nama itu, jawatan kapten Allstarz FC tidak lagi boleh dirampas oleh pemain-pemain lain. "Saya pilih nama Lilian sebab itu nama kekasih lama saya," jelasnya tentang pemilihan nama tersebut. Turut menemani beliau ke JPN adalah Gennakai Gattuso. "Dia nangis-nangis nak tukar nama, tu pasal saya temankan ni.." jawab Gennakai Gattuso sambil berbisik setelah ditanya mengapa beliau menemani Lilian Slampuck.


By Jundak: Twin Mamaks Putrajaya, 6 Mei - Badai persengketaan semakin kuat melanda pasukan Allstarz FC apabila kini penjaga gol, van def Zet pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kapten pasukannya, Lilian Slampuck. Hal ini muncul setelah Lilian Slampuck dikatakan dengan selambanya menghabiskan air sirap kepunyaan van def Zet di saat van def zet benar-benar dahagakan setitis air sirapnya.
"Dia menghabiskan air sirap saya!" bentak van def Zet tidak puas hati. Wartawan kemudian ingin mendapatkan reaksi Lilian Slampuck dan inilah reaksinya, "Ko dah anta esemen algo?"
Jurugambar kami sempat merakam peristiwa ketidakpuasan hati van def Zet itu.


Gambar sebenar di tempat kejadian berlaku.











hehehe...again...if dont find this news funny that means u r not part of this tournament...
sorry again but enjoy...hehehe ^^

No comments: